wellCOME to my BLOG..

wellCOME to my BLOG

Sunday, October 24, 2010

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

KAEDAH KULIAH ATAU SYARAHAN
  • untuk memperkenalkan topik baru (guru boleh terangkan maklumat secara langsung kepada pelajar - tulis di papan tulis)
  • huraian mudah dan jelas (guru boleh ulang maklumat jika pelajar kurang faham)
  • kawalan kelas lebih berkesan (guru bersemuka dengan murid - pastikan pelajar tumpukan perhatian)
  • suara guru (jelas, lantang, tidak mendatar-cepat membosankan)
  • menyoal untuk perhatian (elak pelajar bersikap pasif dan leka, dapat tinjau keberkesanan pengajaran)
  • latihan mendengar dan menulis (buat catatan - bantu pemahaman pelajar)



KAEDAH PERBINCANGAN
  • perbincangan formal - dijalankan secara perbahasaan, forum, pembentangan kertas kerja. Ciri-ciri adalah seperti berikut ; guru akan tentukan bilangan pelajar yang mengambil bahagian (pihak pencadang dan pihak pembangkang). masa yang mencukupi untuk mencari bahan dari sumber seperti akhbar, majalah dan internet. Terdapat juga penglibatan ramai pelajar yang menjadi penonton. aktiviti susulan adalah seperti tajukperbahasaan boleh dijadikan tajuk karangan. seterusnya, ulasan guru(komen/pendapat)
  • perbincangan x formal - pbincangan dibuka kepada semua pelajar. guru perlu menggalakkan pelajar yang pasif supaya turut mengambil bahagian.guru juga memainkan peranan supaya murid-murid tidak berebut-rebut untuk bercakap. pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan masa untuk membincangkan topik tertentu. 


KAEDAH TUNJUK CARA
  • pelajar lebih memahami kemahiran tertentu (guru dapat tunjukkan demonstrasi kepada pelajar)
  • penglibatan pelajar (guru benarkan pelajar membuat demonstrasi dan pelajar terbaik akan dijadikan contoh)
  • peluang untuk mendengar dan melihat
  • kaitkan antara teori dan praktikal


KAEDAH PROJEK
  • jangka masa yang lebih panjang (diluar masa pengajaran)
  • tentukan hala tuju (objektif) untuk memudahkan menilai pencapaian
  • perancangan - jumlah masa, kos, peserta, bila aktiviti dijalankan
  • penglibatan pelajar (dibahagikan dalam kumpulan kecil)
  • mengikut jadual (supaya objektif tidak keluar)
  • penilaian hasil projek (untuk memperbaiki kelamahan) 



KAEDAH MENYELESAIKAN MASALAH
  • beri peluang kepada pelajar untuk menjadi lebik produktif
  • dapat bertukar-tukar pendapat tentang cara penyelesaian masalah yang berkesan
  • langkah-langkah menjalankan
1. Mengemukakan masalah (guru)
2. Mencari penyelesaian (pelajar) - dalam perpustakaan, majalah, surat khabar
3. merangka dan simpulkan penyelesaian
4. buat kesimpulan - lihat hasil pencapaian



KAEDAH DAPATAN
  • mencabar pelajar mencari jawapan berdasarkan maklumat yang diberikan guru.
  • guru akan bagi maklumat yang kurang lengkap dan pelajar akan diminta untuk melengkapkan dan cari maklumat
  • peranan guru (beri panduan dan bantuan, dorong pelajar untuk cari jawapan)


KAEDAH PERMAINAN
  • menarik dan menyeronokkan pelajar
  • untuk memenuhi masa terluang pada akhir masa pengajaran
  • sesuai digunakan pada akhir penggal selepas selesai menghadapi peperiksaan 
  • mempunyai unsur permainan


 PENGAJARAN PERSEORANGAN DAN TERANCANG
  • pelajar belajar secara bersendirian menggunakan bahan pelajaran yang disediakan
  • bahan pelajaran disusun secara sistematik dan pelajar mengikut tanpa kehadiran guru
  • disusun ikut peringkat (mudah - susah)
  • bahan dalam pelbagai bentuk (buku, risalah, carta, rakaman, audio/video)
  • menarik


KAEDAH MAIN PERANAN
  • berbentuk lakonan secara spontan
  • tujuan - untuk menggambarkan sesuatu peristiwa yang sebenar
  • melibatkan lebih daripada 2 pelajar
  • cth : Sejarah (Perjanjian Pangkor)



KAEDAH SIMULASI
  • pelajar cuba gambarkan atau hidupkan sesuatu episod menyerupai episod yang sebenar
  • pelajar jalani proses pembelajaran dalam keadaan yang hampir dengan keadaan sebenar
  • menitikberatkan keadaan sekitar dimana episod itu terjadi

asas teknologi pengajaran

Kepentingan Internet kepada kanak-kanak


Kanak-kanak boleh mendapatkan banyak maklumat tentang negara, sistem pendidikan, budaya, teknologi, pertanian dan geografi dengan melayari internet. Golongan kanak- kanak masa lampau terpaksa menghabiskan masa yang lama di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kadangkala maklumat yang dicari sukar didapati. Kini, kanak-kanak mendapat semua maklumat yang diperlukan dengan hanya menekan butang komputer. Dengan bantuan internet, kanak-kanak boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki secara mudah. 

Kanak-kanak boleh didedahkan kepada internet dengan penyeliaan ibu bapa. Kanak-kanak didedahkan kepada penggunaan e-mel untuk menghantar berita, maklumat dan foto tentang pelbagai topik. Mereka berkongsi maklumat. Semakin matang pemikiran mereka, kanak-kanak dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman. 

Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional.
Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan kanak-kanak kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan bertukar-tukar pendapat dengan penduduk di seluruh pelosok dunia. Perkembangan ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara individu menjadi semakin mudah.

  • Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
  • Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
  • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.