wellCOME to my BLOG..

wellCOME to my BLOG

Tuesday, September 28, 2010

KONSEP TEKNOLOGI kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.
     
           "Teknologi bukanlah semata-mata alat dan mesin sahaja, tetapi ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu
maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan ‘pemangkin’ ke arah mencapai kejayaan."
                                                
( Heinich,Molenda dan Rusell, 1969)
 
KONSEP PENGAJARAN
Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan
perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.
 
Penyampaian maklumat
Pemindahan maklumat
Mendorong pembelajaran
Membina manusi yang lebih baik 

                             (Wan Zah Wan Ali, 2000)
 
 
 
 TEKNOLOGI PENGAJARAN
      Satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal
(Yusuf Hashim, 1998)

 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment